mengatasikorupsi

Mengatasi Korupsi: Asas-asas

  • ISBN: 978-967-5942-02-0 | Paperback |
  • Price: RM 30
  • Author: Bertrand de Speville
  • Publisher: REFSA
  • Year: 2010
 

Prakata

Buku kecil ini ditujukan kepada para perumus dasar dan ahli perundangan yang bertanggunajwab memimpin negara mereka untuk bebas dari jaring korupsi. buku ini bukan sebuah karya akademik berkaitan sebab dan akibat korupsi – dua persoalan yang telah banyak ditulis tentangnya.

Buku ini juga bukan merupakan buku teks tentang langkah-langkah yang dapat diambil untuk memerangi korupsi. Sebaliknya ia merupakan ringkasan penerangan buat mereka yang sibuk, yang perlu membaca di sela-sela kesibukan mereka, tetapi merasa perlu untuk memahami hal-hal asas yang diperlukan untuk menggerakkan negara mereka ke arah kejayaan menentang anasir-anasir yang menjejaskan setiap perkara baik yang mereka cuba bina.

Buku ini juga dihasratkan sebagai sebuah aide-mémoire bagi mereka yang diberikan tugas menerapkan strategi anti-korupsi nasional. Walaupun binaan telah kukuh dan prasarana telah dibina menurut cara yang wajar, terdapat banyak jurang yang perlu dihindari.

Saya harap mereka yang berperanan memberikan nasihat kepada kerajaan-kerajaan dunia akan mendapati buku ini bermanfaat bagi menambahkan pengetahuan mereka tentang hal-hal yang diperlukan untuk menjayakan tugas mereka.

SHARE
 

CATEGORIES

  • English
  • Bahasa Malaysia
  • Chinese


  • OTHER Bahasa Malaysia BOOKS


    selak
    Selak
    Faisal Mustaffa